Uncategorized

Aku benci ulat!

*entry tiada gambar seperti tajuk*

Geli iols nak letak gambar ulat! Huwarghhhhh! 

Dulu masa before kawin, iye2 gagah je naik gunung sana sini, tak peduli pun dengan ulat ke serangga kat dalam hutan. Tapi semenjak dah kawin, tahap geli geleman dengan ulat naik secara drastik!

Dulu masa pantang kat rumah my in laws, I actually duduk bilik atas. Tapi disebabkan pantang, takkan nak naik turun tangga ye dok? So I pun duduk bilik my SIL kat tingkat bawah. Bermulalah tragedi ulat merah. Before beranak lagi I perasan mcm ade benda bergerak di celah2 tiles dalam toilet bilik bawah. I bagitau adik ipar I but mata diorang tak nampak. So I biarkan je.

Sampai I dah duduk kat bilik tu, makin banyak lah sanak sedara ulat2 ni keluar time tu. Menjerit mak oiiii tak hengat dunia lah katakan. Adik2 ipar lah penyelamat bunuh dgn mcm2 cara, pakai api lah, ketuk pakai selipar lah. 

Then I google, rupanya ulat merah tu lagi dia membiak cepat kalau kena air. So kena pakai garam or sabun basuh baju yg jenis serbuk tu. So I pakai air garam, still tak jalan. Then sampai kteorang spare sabun or garam dalam toilet. Teringat that one time, husband I cakap “bertenang ye sayang, bertenang“. Ingatkan dia nak suruh I bertenang sbb ulat dah habis. Rupanya ulat tu tgh otw naik kat pintu toilet kaca tu, memang mencarut lah gamaknya I time tu.

Okay itu satu. Ulat merah. Mari kita beralih pulak ke ulat seterus.

Ulat seterusnya?!! OMG. Yes memang I banyak encounter ulat. Now pun tengah rasa amarah yg teramat sangat.

Ulat sampah. Before this I selalu baca iiumc pasal roommate bela ulat. I dah macam takleh brain how org boleh sanggup bela ulat siap sanggup bunuh kucing semata2 roommate dia bunuh ulat dia. Grrrrr

Selalunya my husband everytime dia nak keluar merokok dia memang akan buang sampah. I have no idea why recently dia tak buang sampah. So I expect sebab sampah tak penuh. Mungkin sebab dia pun letih, sebab our son sekarang ni ade sleeping problem as in mengigau malam. Tu yg dia pun takleh function during the day. 

So tadi I nak buang sampah kat dapur to the tong sampah kat belakang, sekali mak aiiii terkezutttt gile mak ni tengok ulat tengah meriah. Dalam hati memang marah membuak2 sambil kepala geleng2. Bukan geleng2 cakap no no, ni geleng2 punya geli. Geli sampai ke tengkuk. Siap tengok kaki tangan kot2 ade ulat terlepas. Pastu dah terkejut tu, ofcourse ade a few yg jatuh kan. Siap I ambik spray serai wangi lagi spray. Tapi makin aktif pulak. So I ambik dettol floor cleaner pulak bancuh utk simbah kat ulat2 tu. Tapi makin menjadi lah pulak. I dah geli sangat, so I give up. Nasib husband balik pukul 2. Mau balik tengah malam or dia nightstop ke, memang tak turun dapur lah gamaknya. 

Pastu baru I nak google lepas I mandi. I dah mandi dah okay, tapi disebabkan geli sangat, so I mandi lagi. Rupanya ulat ni pun spesis macam ulat merah. Kena pakai garam or cuka, or chlorox ke. 

Haishhhh semenjak dah jadi isteri dan mak, yes iols mengaku iols dah gedik semacam takleh buat kerja2 menggelikan tu. Hmmm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s