Family · Postpartum

Konvo dalam pantang

Well I decided this is gonna be my first post in Bahasa Melayu (but a bit rojak. Sorry huhu)

Haaa iye I pergi konvo masa pantang hari ke21. Gigih nauuu naik flight pergi konvo ye.

Sepatutnya I due 29 April, tapi atas saranan doktor, I kena induce. Doktor cakap baby besar and kepala baby dah borderline dalam 9.7cm dah. Mau tak muat nak keluar kalau tunggu due, ye dok? Haha

Okay berbalik kepada cerita asal. Since konvo 11 Mei, so kalau beranak 29 April or selepas tu, lagi tak kuat lah badan I nak naik pentas. So since doktor pun sarankan I induce, so I pun setuju. Sebab nak gi konvo kan katanya.

So I was induced and gave birth on April 21st, 2016. So technically, jarak di antara tarikh beranak dgn tarikh konvo adalah 3 minggu. Inshaa Allah sempat recover (iyelah tu).

Dua minggu pertama, mommy I tolong I berpantang kat rumah mentua I (masa ni kiteorang belum pindah lagi). So mak mentua I tolong prepare barang makan I, mommy I tolong I and baby. Which means, pakai bengkung, stoking, mandikan baby, tolong jaga baby if baby berjaga malam (which my baby memang berjaga malam every night). But my third week, mommy I dah pergi Kuching awal before my konvo, konon nak jalan2. So bermulalah, I kena buat everything. Sleep deprived jugak lah masa tu sebab husband pun kerja tak tentu. Just mandikan baby je I tak buat, sebab I nak elakkan main air masa pantang, nanti sakit urat sampa ke tua. So firsr my MIL yg mandikan baby, next2 tu husband and adik2 ipar I yg mandikan baby.

Then comes the third week! Silapnye, kiteorang ambik flight pagi konvo tu jugak. So, say yeayy to mata panda! Huwarghhhh! Tapi malam my MIL cakap nak jaga my baby, I dengan husband siap warning lagi cakap, baby kiteorang memang takkan tido, buat lah mcm mana sekali pun, dia memang jenis berjaga malam. So my MIL cakap okay je. Then end up the next morning, my MIL pulak sleep deprived. Yg kesiannye my SIL yg supposedly ikut kiteorang, dia pun ikut sekali tak tido malam tu sebab jaga my baby and cuci berak dia ape semua. Ingatkan dia tido, end up diorang ketuk pintu bilik dia jugak nak cuci berak and such.

Okay back to the story. Our flight was at 7am. Cuba fikir, pukul berapa lah kiteorang gerak dari Seremban nak pergi airport tu kan? Memang mengantuk kawkaw lah.

So we made it to our 2 hours and a half flight to Kuching and arrived around 9.30am something. Syukur tak delay, mau I tak konvo ye dok. Huhu.

Dah sampai sana, my friend ambik and bawak our little family to rumah my nenek yg my parents duduk tu, lepas tu mula lah rushing sana sini nak bersiap sebab konvo pukul 2 petang. So lepas dah bersiap semua, kiteorang gerak gi konvo, ambik gambar konvo ape semua. Kiteorang try nak sampai hotel before maghrib sebab iye lah, I dengan baby still dalam pantang, tapi apa kan daya, kita hanya mampu merancang. End up, maghrib masuk masa dalam kereta otw nak pergi hotel.

Once again, ingatkan malam tu boleh berehat tapi tak, we all semua ambik flight awal pagi. My husband and my SIL balik KL, and I ikut my family balik Miri sebab I nak sambung pantang kat sana. Bayangkan, even seminggu without my mom, pantang I kucar kacir, and badan I tak fully recover. For those yg pernah berpantang, tau macam mana rasa badan bila pantang tak betul kan?

Tips nak pergi konvo masa pantang :-

1. Jangan rushing. Take your time. Ambik masa sehari sebelum konvo utk sampai ke destinasi, dan sehari selepas konvo utk berehat sebelum pulang ke destinasi. Ibu2 dalam pantang perlukan rehat yg cukup. Badan nak pakai sampai tua tau.

2. Keep on pumping kalau tak dapat direct feed. Before I pergi konvo lagi dah ada a few incidents yg buat I stress and supply decreased, tapi ditambah pulak masa konvo I tak direct feed or pump so end up, the next day I tak leaking dah. I rindu nak breastfeeding balik 😦

3. Jangan ambik flight awal pagi! Again, kesian ibu dalam pantang and baby baru lahir. Nak kena bangun awal pagi utk jalan jauh2. Tak naik flight pun takat naik kereta, janganlah keluar selepas subuh. Nama je keluar selepas subuh, mandinya pukul berapa? Nak prepare semua barang tu pukul berapa? Still kena bangun pukul 3,4 pagi jugak kan?

So, for those yang teringin nak pergi konvo masa pantang sebab nak penuhi impian ibu bapa (part ni I faham sangat), sila lah buat perancangan yang rapi dan teliti. Nak tinggal mana, keselesaan baby masa konvo. Oh ya, masa I konvo I bawak baby sekali. I mean takde lah bawak baby dalam dewan, tapi siap ade staff masa tu suruh I bawak baby naik atas pentas. Gile keeee. Haha so end up, I cari siap2 mane nak letak baby I, so my husband offer diri nak duduk dengan baby dalam ofis kat my uni.

So jom I belanja sikit gambar konvo hari tu. Hewhew


Till next time!

Toodles!

Xoxo

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s